hotel di putrajaya

15 Hotel Di Putrajaya Yang Terbaik Untuk Transit Penerbangan Di KLIA

Pasti ramai yang mencari-cari hotel di Putrajaya yang boleh dijadikan tempat penginapan sebelum menaiki kapal terbang atau sebaik sahaja mendarat di KLIA. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda 15 hotel transit yang terbaik dan berpatutan yang ada di Putrajaya.

Pilihan BEST Hotel di Putrajaya (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Hotel Coop Putrajaya , ” Hotel ini menawarkan penginapan bajet yang termurah di Putrajaya tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Hostel Untuk Urusan Kerja: Hotel EV World , “Hotel ini menyediakan penginapan yang sesuai untuk yang datang berkursus atau urusan kerja. Peralatan seperti seterika dan papan seterika, meja tulis dan Internet yang laju ada disediakan. Tetamu juga boleh membuat permintaan panggilan kejut bangun pagi.”

Hotel Berkonsep Unik: Le Meridien Putrajaya “Hotel ini mengetengahkan hiasan dan konsep bertemakan moden kontemporari. Setiap ruang dan inci bilik dihias dengan gaya moden dan berstail dan mempunyai tingkap kaca dari dinding ke lantai. Perabot yang digunakan pula berciri ergonomik.”

Hotel untuk Keluarga: Barakah Sufi Putrajaya , “Hotel ini menyediakan penginapan unit apartment yang lengkap dengan 3 bilik tidur dan ruang dapur. Fasiliti hotel juga seperti kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang juga ada terdapat di sini”

Hotel Untuk Berbulan Madu: Pullman Putrajaya Lakeside , “Hotel ini kelihatan seolah-olah istana diraja yang cantik mengadap tasik Putrajaya. Ianya menawarkan suite bulan madu yang dihias cantik dan mempunyai tab mandi berjakuzi.”

Dengan menempah salah satu daripada hotel ini, anda dapat bermalam, berehat, dan menikmati keselesaan penginapan sebelum meneruskan perjalanan anda. Malah, ada antaranya yang menyediakan perkhidmatan bas shuttle untuk ke lapangan terbang. Ianya sesuai untuk orang perseorangan mahupun keluarga. Jom kita lihat antara beberapa pilihan yang ada di Putrajaya.

Hotel COOP Putrajaya Cyberjaya

Walaupun hotel ini berada di luar sedikit daripada kawasan Putrajaya, di Kampung Dengkil, namun ia hanya terletak 5 minit sahaja dari PICC Putrajaya. Jika anda perlu transit di kawasan ini sebelum ke KLIA, maka Hotel COOP sesuai untuk anda.

Hotel ini ada menyediakan beberapa jenis bilik dan semuanya mesra bajet di bawah RM150 semalam. Namun, kemudahan dan keadaan biliknya masih lagi selesa untuk anda berehat. Ia juga mempunyai staff yang profesional dan mesra.

Hotel COOP Putrajaya Cyberjaya

Untuk tetamu Muslim, anda boleh meminta pihak hotel untuk menyediakan sejadah di dalam bilik anda. Kelengkapan bilik yang ada disediakan adalah penghawa dingin, bilik air peribadi. TV dan saluran kabel, pancuran air panas, cerek dan alat mandian.

  • Harga - Dari RM68 semalaman.
  • Alamat - No. 65- 67 Jalan Cyber Valley 1B/3 Cyber Valley Commercial Centre, 43800 Kampung Dengkil, Malaysia.
Langit Langi Hotel Putrajaya

Lagi satu hotel yang terletak hampir di kawasan Putrajaya dan juga dekat dengan KLIA adalah Langit Langi Hotel. Ia adalah hotel dua bintang yang memudahkan urusan anda ketika transit penerbangan di KLIA.

Selain hampir dengan PICC dan Masjid Putrajaya, jaraknya dari lapangan terbang juga hanyalah 25 minit pemanduan kereta sahaja. Di sini, anda akan berasa selesa menginap di dalam bilik yang bersih, menerima layanan baik dari pekerja hotel, dan juga bersarapan pagi.

Langit Langi Hotel Putrajaya

Akses Internet percuma juga diberikan bersama dengan kemudahan lain seperti penyaman udara, TV, pancuran air panas di dalam bilik mandi, alat mandian peribadi, dan juga bas shuttle untuk ke airport KLIA.

  • Harga - Dari RM100 semalaman.
  • Alamat - No 7A , Jalan Deluxe, Pusat Perdagangan Deluxe, Selangor, 43800 Kampung Dengkil, Malaysia.
Hotel EV World Putrajaya

Jika anda mencari-cari hotel transit di bawah harga RM150 semalam, maka anda boleh menginap di Hotel EV World Putrajaya yang terletak di Presint Diplomatik. Jarak hotel ini dari lapangan terbang KLIA/KLIA2 hanyalah kira-kira 21 km sahaja.

Yang bagusnya tentang hotel ini adalah ia berada di lokasi strategik. Terdapat banyak kedai makan, kedai serbaneka dan pasaraya kecil di sekitar kawasan ini. Jadi, mudah untuk anda mencari makan atau membeli barangan ketika berhenti transit di hotel ini.

Hotel EV World Putrajaya

Antara kelengkapan hotel yang akan anda nikmati pada harga bajet adalah penyaman udara, TV skrin rata serta saluran satelit, Internet percuma, peralatan mandian, kemudahan seterika, dan peralatan mandian peribadi.

  • Harga - Dari RM109 semalaman.
  • Alamat - Palm Garden Resort, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Hotel Mihrab Putrajaya

Lagi satu hotel bajet di Putrajaya di bawah RM150 semalam adalah Hotel Mihrab. Hotel ini turut menjadi pilihan penginapan transit yang terbaik buat mereka yang perlu bermalam sebelum meneruskan perjalanan.

Kalau anda nak tahu, Hotel Mihrab ini mesra pelanggan Muslim. Ini kerana terdapat surau di hotel ini untuk anda solat dengan selesa. Malah, dalam bilik airnya, terdapat pili dan batang paip berasingan untuk memudahkan anda mengambil wudhuk.

Hotel Mihrab Putrajaya

Berhampiran dengan hotel ini juga terdapat pengurup wang. Bolehlah anda menukar mata wang di sini dengan mudah. Jarak hotel ini dari Stesen Kereta Api Express Rail Link pula hanya 9 km yang boleh membawa anda ke KLIA/KLIA2.

  • Harga - Dari RM130 semalaman.
  • Alamat - No 67, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Malaysia.
Barakah Sufi Putrajaya

Bagaimana pula kalau anda memilih hotel apartment yang serba unik dan mesra tetamu? Jika anda berminat, apa kata anda cuba menginap di Barakah Sufi Putrajaya. Hotel ini ada menyediakan beberapa jenis bilik tidur untuk anda.

Jika berseorangan atau berdua, anda boleh menempah bilik Double. Untuk seisi keluarga yang sedang transit dari KLIA, anda boleh menempah Studio Deluxe Double yang memuatkan 5 orang atau apartment dengan 3 bilik tidur yang memuatkan 8 orang.

Barakah Sufi Putrajaya

Jarak KLIA dari hotel ini juga tidaklah terlalu jauh – hanya 21 km sahaja. Malah, anda boleh berkomunikasi dengan host hotel ini untuk mengatur shuttle airport bagi memudahkan perjalanan anda.

  • Harga - Dari RM140 semalaman.
  • Alamat - Lebuh Perdana Timur Presint P15H, 62050 Putrajaya, Malaysia.
Hotel Dorsett Putrajaya

Antara kemudahan transit yang ada disediakan di hotel seterusnya ini, Hotel Dorsett Putrajaya, buat para tetamu yang memerlukan hentian sementara sebelum ke/datang dari KLIA adalah kemudahan dobi dan bas ulang-alik (shuttle) secara terus ke lapangan terbang.

Hotel ini sesuai dijadikan tempat bermalam buat ahli perniagaan, seisi keluarga dan rakan-rakan. Walaupun ia hotel lima bintang, tetapi jangan tidak percaya, harganya amat berpatutan kerana bermula serendah RM150 semalam bagi bilik Standard.

Hotel Dorsett Putrajaya

Ketika menginap di sini, anda dapat menikmati segala kemudahan yang ada seperti kolam renang dan gimnasium. Shopping mall, Masjid Kristal, dan kawasan food truck juga hampir. Mudah untuk anda membeli-belah dan mencari makan ketika menginap di sini.

  • Harga - Dari RM150 semalaman.
  • Alamat - Putrajaya, 62000 Putrajaya, Malaysia.
The Everly Hotel Putrajaya

Anda sedang dalam perjalanan ke KLIA dan perlukan sebuah hotel sebagai transit penginapan anda? Jom pertimbangkan The Everly Putrajaya yang sering menjadi pilihan mereka yang perlukan hentian yang selesa dan memuaskan hati.

Jarak hotel ini dari KLIA adalah sejauh 20km dan hanya mengambil masa 25 minit dengan kereta. Malah, Stesen ERL Putrajaya juga hampir iaitu 9km sahaja. Di The Everly Hotel, anda boleh menikmati pengalaman penginapan transit yang eksklusif.

The Everly Hotel Putrajaya

Bilik di hotel ini besar, staff serba mesra, kelengkapannya juga elegan dan mewah. Untuk memudahkan lagi pengembaraan anda, perkhidmatan menukar mata wang juga ada di hotel ini. Nak cuci baju pun boleh. Guna sahaja servis dobi yang disediakan!

  • Harga - Dari RM220 semalaman.
  • Alamat - No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
Pullman Putrajaya Lakeside Hotel

Pullman Putrajaya Lakeside adalah antara hotel di Putrajaya yang sering menjadi pilihan mereka yang mencari penginapan semasa transit dari atau ke KLIA. Ia merupakan hotel lima bintang yang terletak di Presint 5 yang menjanjikan kemewahan dan keselesaan kepada para tetamu.

Untuk memudahkan perjalanan anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 yang terletak kira-kira 25 km dari hotel ini, Pullman Hotel ada menyediakan perkhidmatan bas shuttle ke Stesen Kereta Api ERL Putrajaya. Mudah untuk anda meneruskan perjalanan nanti!

Pullman Putrajaya Lakeside Hotel

Anda boleh menjangkakan kemudahan yang lengkap di sini. Ia termasuklah bilik yang cantik dan moden, kelengkapan bilik tetamu yang berkualiti, kolam renang atau gimnasium untuk anda rileks dan beriadah berserta sarapan pagi.

  • Harga - Dari RM221 semalaman.
  • Alamat - No 2, Jalan P5/5 Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.
Zenith Hotel Putrajaya

Siapa kata yang hotel transit tidak perlu selesa kerana ia hanya untuk penginapan sebentar sahaja? Salah tu! Sebenarnya, dengan harga berpatutan, anda boleh menikmati rehat dan kemudahan yang eksklusif walaupun semasa dalam transit dengan menginap di hotel yang terbaik, terutamanya di Putrajaya!

Salah satu hotel yang kami sarankan adalah Hotel Zenith Putrajaya. Hotel ini menjadi antara tempat transit yang paling selesa dengan pemandangan Putrajaya yang memukau. Dari hotel ini, anda boleh menikmati pemandangan Masjid Putra/Pink, Pejabat Perdana Menteri dan banyak lagi mercu tanda bandar ini.

Zenith Hotel Putrajaya

Sudah pasti, kemudahan yang ada di sini menjanjikan keselesaan. Anda boleh bermalam di bilik yang luas dan cantik berserta bilik air moden, bersarapan pagi, dan menaiki shuttle airport secara terus dari hotel ini!

  • Harga - Dari RM254 semalaman.
  • Alamat - Jalan P2a Presint 2, 62250 Putrajaya, Malaysia.
Hotel Pulse Grande Putrajaya

Lagi satu hotel di Putrajaya yang menjadi pilihan terbaik sebagai tempat transit sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA adalah Pulse Grande Hotel. Sebagai hotel berstatus lima bintang, anda boleh menjangkakan layanan yang bertaraf antarabangsa dan kemudahan yang mewah.

Malah, ia juga memudahkan proses perjalanan anda dari atau ke lapangan terbang kerana hotel ini turut menyediakan shuttle terus ke airport. Jika anda dalam perjalanan atas urusan perniagaan, anda boleh menggunakan kemudahan Internet laju yang ada di sini.

Hotel Pulse Grande Putrajaya

Walaupun ianya hotel mewah, namun harga bilik masih lagi berpatutan jika anda pandai mencari harga tawaran kerana ia boleh bermula serendah RM286 sahaja!

  • Harga - Dari RM286 semalaman.
  • Alamat - Taman Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
Hotel Marriott Putrajaya

Lagi satu hotel di Putrajaya yang sesuai dijadikan hotel transit sebelum ke KLIA atau selepas mendarat di lapangan terbang adalah Hotel Marriott Putrajaya. Hotel ini ada menyediakan perkhidmatan bas shuttle untuk membawa anda berulang-alik dari tempat penginapan ke airport.

Ketika bermalam di sini pula, anda boleh beristirehat di dalam bilik yang serba moden dan lengkap dengan kemudahan. Nikmati sarapan pagi dengan pelbagai menu yang turut disediakan bersama pakej harga bilik hotel.

Hotel Marriott Putrajaya

Untuk bertambah rileks dan memanjakan diri sebelum memulakan perjalanan, anda boleh beriadah di kolam renang atau gimnasium serta menikmati urutan di Dewi Teratai Spa di hotel ini.

  • Harga - Dari RM289 semalaman.
  • Alamat - IOI Resort City, Sepang Utara, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Promenade Suite Putrajaya

Terletak di Presint 8, Promenade Suite boleh dijadikan pusat penginapan sementara bagi mereka yang sedang transit penerbangan di KLIA. Jaraknya dari lapangan terbang hanya 19 km. Stesen ERL juga berada dekat dengan aparthotel ini, maka mudahlah untuk anda ke airport dari sini.

Promenade Suite sesuai untuk anda jika anda ingin menyewa seluruh apartment untuk keluarga anda. Aparthotel ini boleh memuatkan sehingga 6 orang tetamu, mempunyai 3 bilik tidur, dapur, dan juga pemandangan tasik dan bandar Putrajaya yang cantik.

Promenade Suite Putrajaya

Anda pasti berasa puas hati dapat menginap di apartment yang serba bersih, lengkap dengan kemudahan seperti seterika, mesin basuh, dapur, cerek, peti sejuk, ruang makan, peralatan mandian peribadi. Segalanya sudah disediakan untuk anda dan keluarga!

  • Harga - Dari RM300 semalaman.
  • Alamat - C Block, Tamara Residence, Jalan Temoleh P8/4, Precinct 8, 62250 Putrajaya, Malaysia.
Hotel Le Meridien Putrajaya

Kalau anda sedang mencari hotel transit buat bos anda atau rakan perniagaan anda dari luar negara, sudah pasti anda perlu mencari hotel yang terbaik di Putrajaya buat mereka. Kami cadangkan anda menempah Hotel Le Meridien yang terletak di IOI Resort City, Putrajaya.

Hotel ini terletak bersebelahan dengan lebuh raya dan IOI Mall. Lokasi yang strategik ini memudahkan para tetamu hotel untuk bergerak menuju ke/dari KLIA atau KLIA2 (24 km). Malah, restoran dan butik membeli-belah ada di shopping mall di sebelahnya.

Hotel Le Meridien Putrajaya

Dengan katil yang empuk, bilik air yang serba elegan, dan layanan mesra pekerja di sini, suasana transit anda pasti amat menyenangkan. Dapatlah anda atau majikan/rakan perniagaan anda berehat sebaiknya.

  • Harga - Dari RM340 semalaman.
  • Alamat - Lebuh IRC, IOI Resort City, Sepang Putrajaya, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Hotel Palm Garden Putrajaya

Turut terletak di IOI Resort di Putrajaya, anda boleh mempertimbangkan lagi satu hotel transit iaitu Hotel Palm Garden. Ia sesuai untuk seisi keluarga kerana ruang biliknya yang luas dan kemudahan hotel yang mesra kanak-kanak.

Walaupun anda hanya bermalam semalam dua, keselesaan sangat penting. Jadi, bilik hotel di sini bukan sahaja besar untuk keluarga anda, malah lengkap. Biliknya cantik, bilik mandinya luas dan bersih, katilnya besar dan lembut, dan mempunyai Wi-Fi percuma.

Hotel Palm Garden Putrajaya

Jarak dari hotel ke KLIA pula adalah 24 km iaitu kira-kira 30 minit dengan pemanduan kereta. Jika anda tiba lewat di hotel ini kerana masa pendaratan anda di tengah malam atau awal pagi, anda masih boleh mendaftar masuk di Hotel Palm Garden!

  • Harga - Dari RM340 semalaman.
  • Alamat - Lebuh IRC, IOI Resort City, Sepang Putrajaya, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Palm Suites at Dwiputra Putrajaya

Anda bakal melancong ke luar negara dengan ahli keluarga yang ramai dan memerlukan tempat penginapan sementara di Putrajaya sebelum ke KLIA/KLIA2? Apa kata anda cuba menginap di aparthotel yang merupakan gabungan antara apartment dengan kelengkapan lengkap seperti di hotel?

Antara pilihan hotel apartment yang terbaik di Putrajaya adalah Palm Suites @ Dwiputra. Untuk ke sini, anda boleh menaiki teksi dari airport. Jika anda memandu kereta, apartment ini ada menyediakan banyak ruang parkir.

Palm Suites at Dwiputra Putrajaya

Apartment di sini ada menyediakan 1 sehingga 3 bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga 6 orang tetamu. Antara kelengkapan yang ada adalah shuttle ke lapangan terbang, balkoni, tab mandi, penyaman udara, dan akses Wi-Fi percuma.

  • Harga - Dari RM350 semalaman.
  • Alamat - A1-13-03 , Block A1 Pangsapuri Dwiputra, Jalan P15h , Presint 15, 62050 Putrajaya, Malaysia.

Selain daripada hotel di Putrajaya terbaik di atas untuk penginapan anda sebelum ke KLIA, ada beberapa lagi pilihan lain di Booking.com . Jika anda berminat untuk menempah salah satu hotel di atas, jangan lupa untuk menyemak harga terkini di laman web tersebut dan menempahnya segera.

Mana lagi tempat sesuai untuk menginap ketika transit dari KLIA? Sudah pasti beberapa lokasi sesuai lain termasuklah Sepang, Cyberjaya, dan Bangi! Kami berharap senarai hotel di atas telah membantu anda membuat pilihan yang sesuai dan tepat untuk keperluan transit pengembaraan anda!

Kredit gambar: Booking.com
Artikel yang berkaitan:

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment